|
SEJARAH
PERKEMBANGAN SEKOLAH
Sekolah ini telah ditubuhkan pada tahun 1930, dikenali dengan nama
'Goverment Trade School'. Tujuan ditubuhkan ialah untuk melatih
belia-belia dalam bidang mekanikal bagi memenuhi keperluan kerja di
Federatad Malay States Railway Central Workshop. Bilangan penuntut pada
masa itu ialah seramai 25 orang, iaitu 22 orang pelajar Melayu, 2 orang
pelajar Cina dan seorang pelajar India. Kelayakan minimum untuk memasuki
sekolah itu pada masa ini ialah tamat pengajian sekolah rendah.
Pelajar-pelajar yang lulus peperiksaan pada akhir latihan akan diberi
Sijil Pertukangan
Pada tahun 1950, sekolah ini telah ditukar nama kepada 'Junior Technical
Trade School'. Kursus-kursus yang ditawarkan ialah Mechanical Engineering,
Bricklaying and Woodwork, Electrical Engineering dan Welding.
Pada 1 Januari 1963, 'Junior Technical Trade School' telah dinaikkan taraf
kepada'Secondary Trade School' (Sekolah Menengah Pertukangan) dengan
pengambilan pelajar-pelajar tamat tingkatan 3. Dua kursus lagi telah
diperkenalkan, iaitu kursus Automobile dan Radio dan Television Servicing.
Selain daripada matapelajaran ketukangan, pelajar-pelajar juga diajar
dengan matapelajaran am yang berkaitan dengan kursus, seperti Mechanical
Sciene dan Building. Bahasa penghantar yang digunakan ialah bahasa
inggeris.
 |

|
Pada tahun 1968, sekolah ini telah bertukar nama kepada Sekolah Menengah
Vokasional Ipoh. Sebahagian besar peralatan telah dibekalkan melalui
Rancangan Colombo di antara tahun 1963 hingga tahun 1970. Kursus-kursus
yang ditawarkan ialah sama dengan sekolah-Sekolah Menengah Vokasional
Pertukangan yang lain iaitu, Pepasangan dan Penyelanggaraan Elektrik,
Menggegas dan Memesin ,Kerja Kepingan Logam dan Kimpalan, Kajisawat Motor,
Kerja Kayu dan Binaan Bangunan serta Perdagangan. Jangka masa latihan
telah dipendekkan dari 3 tahun kepada 2 tahun iaitu tingkatan 4 dan 5.
Kelayakan minimum bagi mengikuti kursus pada ketika itu ialah pangkat 'S'
dalam peperiksaan Sijil Rendah Pelajaran dengan kelulusan Bahasa Malaysia
sebagai syarat wajib dan 2 matapelajaran Ilmu Hisab, Sains atau Seni
Perusahaan.
Pada tahun 1987, Kementerian Pendidikan telah memperkenalkan dan
melaksanakan sistem baru pendidikan vokasional di semua Sekolah Menengah
Vokasional. Menerusi sistem ini, Sekolah Menengah Vokasional menawarkan 2
aliran kursus, iaitu Aliran Pendidikan dan Kemahiran. Aliran Pendidikan
Vokasional menawarkan pelbagai kursus disamping matapelajaran akedemik
yang sama seperti terdapat di sekolah menengah biasa. Pelajar-pelajar
aliran ini akan menduduki peperiksaan (SPMV) pada akhir tahun ke-2
tingkatan 5. Manakala aliran kemahiran menawarkan pelbagai kursus
kemahiran vokasional yang lebih menitik beratkan latihan amali khusus
untuk memperolehi sijil kemahiran peringkat asas pada tahun pertama dan
peringkat pertengahan pada tahun kedua. Pada mulanya sijil kemahiran ini
dikenali sebagai Sijil Lembaga Latihan Penindustrian dan persijilan
Ketukangan Kebangsaan (LLPPKK), yang kemudiannya bertukar nama kepada
Sijil Majlis Latihan Vokasianal Malaysia(MLVK) pada tahun 1990 dan mulai
tahun 1992 dikenali sebagai Sijil Kemahiran Malaysia (SKM).
 |

|
Pada tahun 1997 sekolah dinaiktarafkan dan kini sekolah dikenali sebagai
SEKOLAH MENENGAH TEKNIK LEBUH CATOR IPOH. 3 kursus aliran teknik
ditawarkan iaitu Pengajian Kejuruteraan Awam, Pengajian Kejuruteraan
Jentera, Pengajian Kejuruteraan Elektrik Dan Elektronik.
Mulai tahun 2003, satu lagi kursus baru diperkenalkan iaitu Kursus
Pengajian Keusahawanan.
>Enter<
|
|
|